Isnin, 12 Disember 2016

LAMAN UTAMA

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT 

PRODUK 

Pentingnya menjaga kesihatan

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat dan suplemen untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat, makanan tambahan serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Kehidupan di zaman serba moden ini, amatlah penting untuk kita semua menjaga kesihatan tubuh badan. Kita mudah diserang penyakit dengan keadaan udara sekeliling, makanan, minuman dan stress dalam kehidupan seharian dan dapat mengelakkan menjangkiti penyakit berbahaya.
  • Kesihatan yang baik mampu membuat minda lebih terbuka dalam melakukan perkara yang positif.
  • Kita akan sentiasa berasa ceria dan mampu melakukan kerja harian tanpa sebarang masalah.
  • Dapat menjimatkan wang untuk berjumpa doktor dan Kos Perubatan yang tinggi jika membuat pembedahan
  • Anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan.
  • Tidak akan mengalami masalah seperti menjangkti penyakit yang akan menangguhkan masa semasa menjalankan sesuatu perkara.
  • Dengan tubuh badan yang sihat, anda boleh selalu ke luar Negara dengan melancong untuk menambahkan pengetahuan anda.
  • Anda boleh datang ke sekolah untuk mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan.
  • Badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi.
  • Mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan
Kehidupan di zaman serba moden ini, amatlah penting untuk kita semua menjaga kesihatan tubuh badan. Kita mudah diserang penyakit dengan keadaan udara sekeliling, makanan, minuman dan stress dalam kehidupan seharian.

“ Kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan ini?”
Kajian saintifik yang terbaru membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kronik. Hakikatnya, makanan yang kita makan zaman sekarang tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral, zat-zat surih dan anti oksidan tubuh kita.
Terdapat banyak lagi kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang menunjukkan pengambilan secara berterusan suplemen mampu mencegah penyakit kronik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian-kajian lain telah membuktikan kelebihan vitamin dalam pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan pelbagai lagi.

Kajian-kajian lain juga menunjukkan anti oksidan, vitamin B6, B12, asid folik, vitamin C, vitamin D dan vitamin E mampu mencegah penyakit dengan melindungi membran sel dan DNA didalam sel dari kerosakan akibat radikal bebas dan pelbagai jenis toksin yang masuk kedalam tubuh manusia.
Secara umumnya, makanan yang kita makan setiap hari tanpa kita sedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat-zat surih atau mikro seperti vitamin, mineral, anti oksidan dan sebagainya. Makanan kita kaya dengan karbohidrat, lemak tepu, lemak ‘trans’ dan gula yang berlebihan ditambah lagi  dengan pelbagai pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Bahan-bahan tambahan ini mengganggu keseimbangan metabolisma sel-sel dalam tubuh manusia.  Budaya masyarakat yang suka dengan makanan segera memburukkan lagi masalah ini. Anak-anak dan juga ibubapa amat kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian.

Sekarang perkembangan industri makanan segera amat hebat sekali. Setiap hari kita melihat iklan-iklan di kaca televisyen tentang makanan segera. Kemajuan ekonomi seiring dengan perubahan corak pemakanan manusia di seluruh dunia. Makanan yang di proses amat mudah didapati dalam pasaran yang hanya mempunyai ‘karbohidrat kosong’ tanpa zat-zat mikro yang mencukupi. Disinilah pentingnya  suplemen yang kita makan akan membantu membekalkan mana-mana zat-zat yang kekurangan tanpa kita sedar untuk menjaga  keseimbangan metabolisma sel-sel tubuh manusia.

Kehidupan kita dizaman moden sekarang yang membeli semua makanan di pasar atau pasaraya besar jauh berbeza dengan kehidupan datuk nenek kita di zaman dahulu yang menghasilkan sendiri makanan mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang  kita makan ditanam secara komersil dengan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan sebagainya. Makanan dari sumber daging ayam, kambing, lembu diternak secara komersil dengan penggunaan hormon and antibiotik yang berleluasa. Ikan dilaut juga tercemar dengan logam berat raksa yang menyebabkan keracunan kronik. Isu-isu pencemaran ini amat kompleks dan susah untuk dielakkan, natijahnya untuk menjaga kesihatan badan kita , kita perlukan suplemen setiap hari.

Semua sel di dalam tubuh menggunakan vitamin dan mineral serta anti oksidan untuk melindungi bahagian-bahagian sel seperti membran, protein, lipid, plasma, mitokondria, nukleus dan DNA dari kerosakan oksidatif. Zat-zat mikro seperti vitamin, mineral dan anti oksidan membantu dalam proses membaikpulih sel dan seterusnya membolehkan ia berfungsi dalam keadaan yang optimum.
Apabila sel-sel berfungsi dalam keadaan baik maka semua organ dan sistem tubuh manusia dapat berfungsi dengan baik. Kesannya, kesihatan akan terpelihara dan boleh dikekalkan untuk jangkamasa yang lebih panjang dengan mengambil suplemen yang perlu adalah langkah terbaik dan pengambilan suplemen akan membantu memulihkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Suplemen bukanlah ubat untuk mencegah penyakit tetapi sebagai satu tabiat yang sihat membantu mencapai kesihatan optimum.
Dengan memulakan pengambilan suplemen setiap hari dengan Trace Mineral, Magnesium Oil, Magnesium Gel yang berkualiti tinggi, (baik untuk seisi keluarga) seseorang boleh merasakan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Sesetengah orang akan merasa peningkatan tenaga, ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi fizikal dengan penggunaan suplemen ini. Malah terdapat juga orang-orang yang lebih dramatik kesannya ke atas mereka.

Terdapat sesetengah orang pula tidak dapat merasai atau menyedari apa-apa kesan dari pengambilan suplemen atau makanan nutrisi tambahan ini, tetapi ini tidak bermakna tiada sebarang pembaik pulihan berlaku. Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan mendapat faedah kesihatan, InsyaAllah.

Lelaki khususnya boleh mendapat masalah kesihatan berpunca daripada kesan buruk seperti yang dinyatakan diatas terutamanya lemah tenaga batin, mati pucuk ( ED ), ejakulasi pramatang, kurang nafsu,  kurang tenaga dan banyak lagi masalah kesihatan yang akan timbul dalam kehidupan.


MENCARI PRODUK, PERKHIDMATAN DAN LAIN-LAIN